“Harap Tiada Lagi Kecaman” – Konflik Keluarga Berjaya Diselesaikan, Azwan & Isteri Berbaik Dengan Keluarga

Trending

“Harap Tiada Lagi Kecaman” – Konflik Keluarga Berjaya Diselesaikan, Azwan & Isteri Berbaik Dengan Keluarga

Selepas beberapa hari kisah konflik keluarganya tular di media sosial dan menjadi bualan hangat netizen, akhirnya kemelut antara Azwan Omar dan adik beradiknya berakhir dengan baik.

2 years ago

"Mereka Tak Setuju Dengan Pilihan Saya" - Dibuang Dari 'Group' Whatsapp Oleh Kakak, Azwan Nafi Nikah Tanpa Pengetahuan Keluarga

Advertisement

Menerusi hantaran di Facebook Azwan atau terkenal dengan panggilan Abang Viva itu, dia telah berkongsi berita gembira bahawa keluarganya akhirnya berbaik.

Alhamdulillah segala perselisihan faham diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Saya wakil daripada seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang terjadi.”

Azwan turut meminta agar orang ramai tidak lagi menghentam mana-mana pihak dan supaya membiarkan isu itu kekal rahsia antara dia dan keluarga. Dia turut berharap tiada lagi yang mengganggu kedua ibu bapanya dengan bertanyakan tentang apa yang telah berlaku.

Bukan itu sahaja, Azwan turut berkongsi berita baik tentang perancangan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada Disember depan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...