“Harap Tak Ada Yang Menyondol” – Kekal Tenang Isteri Dikutuk Gemuk, Netizen Puji Kesetiaan Fizz Fairuz

Hiburan

“Harap Tak Ada Yang Menyondol” – Kekal Tenang Isteri Dikutuk Gemuk, Netizen Puji Kesetiaan Fizz Fairuz

Beberapa hari yang lalu, Datuk Fizz Fairuz ada memuat naik hantaran video di Instagram memaparkan isterinya, Datin Almy Nadia cantik bertudung dan kapsyen yang diletak seakan-akan menyuruh orang ramai untuk ‘sabar’ kerana ada sesuatu yang bakal diumumkan.

Difahamkan melalui ruangan komen, pasangan selebriti tersebut bakal mengeluarkan jenama tudung sendiri tidak lama lagi.

Advertisement

Bagaimanapun, ramai juga yang sempat memberi tips untuk Almy menurunkan berat badan dan meminta agar dirinya menjaga penampilan agar tidak kelihatan selekeh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang memuji pelakon lelaki terbabit kerana kekal setia tanpa sebarang isu yang timbul mengenai rumah tangganya biarpun berlaku perubahan terhadap imej isteri.

Malah, netizen turut berharap agar tiada ‘penyondol’ yang cuba untuk menganggu rumah tangga mereka yang bahagia itu.

komen netizen

komen netizen

komen netizen

Sebelum ini, Fizz Fairuz ada memberitahu kepada orang ramai alasannya tersendiri tidak mahu isteri kembali kurus dan sebabnya adalah kerana kesian melihat Almy yang perlu melakukan banyak perkara seperti menjaga anak, memasak dan sebagainya. Malah, tidak mahu wanita tersebut berasa terbeban.

1 year ago

"Kalau Kurus, Saya Mengandungkan Balik" - Fizz Fairuz Tak Kisah Almy Nadia Dikutuk Gemuk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...