“Harap Rakan Yang Hadir Ni Insaf” – Kawasan Perkuburan Remaja Maut Ketika Lumba Haram Dipenuhi Kenalan

Kehidupan

“Harap Rakan Yang Hadir Ni Insaf” – Kawasan Perkuburan Remaja Maut Ketika Lumba Haram Dipenuhi Kenalan

Pada Ahad yang lalu, satu berita berkenaan kemalangan yang melibatkan beberapa penunggang motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu telah membuat ramai pihak berasa terkejut.

Melalui laporan yang dibuat, sehingga kini ada 4 penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan yang parah apabila berlanggar dengan sesama sendiri ketika malam kejadian.

Advertisement

Difahamkan, tiga daripada penunggang meninggal di tempat kejadian, manakal seorang lagi telah menghembukan nafasnya yang terakhir di Hospital Pulau Pinang.

Terbaharu, tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok memaparkan situasi semasa berada di kawasan perkuburan tempat jenazah salah seorang penunggang motosikal yang meninggal dunia.

Video terbabit mendapat perhatian ramai kerana kehadiran lautan orang ramai dari kalangan kenalan serta ahli keluarga yang sama-sama menghantar jenazah.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen berharap agar kematian empat orang individu ini akan memberi pengajaran untuk rakan-rakan lain supaya tidak meneruskan perbuatan membuang masa seperti yang dilakukan sebelum ini hingga boleh meragut nyawa.

Dalam pada itu, ada juga netizen berharap agar orang ramai untuk berhenti untuk memandang buruk serta mengecam pada arwah biarpun tahu hal yang sebenar.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

2 years ago

"Arwah Yang Paling Tak Sabar Menanti"- Lelaki Terlibat Kemalangan Tak Sempat Sambut Kelahiran Anak Ketiga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...