Kes kematian Allahyarham Zulfarhan akibat dibuli yang berlaku di Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) pada tahun 2017 bukan saja membuat hati ibu bapanya hancur, malah rakyat Malaysia turut berduka.
6 tahun berlalu tapi masih rasa ‘sakit’
Walaupun kejadian ini telah pun berlalu selama enam tahun, ibu arwah iaitu Hawa Osman akui masih tidak dapat menerima cara arwah didera biarpun sudah reda dengan kematiannya.
Menurut wanita itu, setiap kali mendengar kes berkaitan dengan buli, air mata pasti menitis.
Trauma nak guna seterika, elak lalu UPNM
Tambahannya lagi, dia dan suami kini juga trauma mahu menggunakan seterika kerana mengenang penderitaan arwah Zulfarhan.
Bukan itu saja, bahkan mereka juga akan mengelak dari lalu jalan yang melalui UPNM serta tidak benarkan anak cucu untuk sertai universiti tersebut.
Jika keadaan tidak terdesak, selalunya anak lain akan menggosok pakaian kami, tapi kami tidak akan menggunakan seterika wap.
Sekadar info, Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017 akibat menderita selepas ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali oleh sekumpulan pelajar universiti UPNM dan kini, enam daripada mereka sedang jalani hukuman penjara selama 18 tahun.