Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya apabila dia dilihat telah memuat naik satu video ‘cat walk’ di Instagram miliknya.
Dalam video itu, Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta telah dikritik kerana berjalan sehingga menampakkan betis dan paha seperti yang didakwa sesetengah netizen.
View this post on Instagram
Dia yang menggayakan baju berona lembut itu difahamkan sedang mempromosikan tudung jualannya kepada peminat.
Kata netizen, Che Ta seperti tidak kisah kerana bahagian bawah badannya turut kelihatan ketika dia berjalan bagai model sambilan itu.
Che Ta aurat tak jaga nampak peha dan betisnya, harap maklum.
Tambah mereka lagi, diharap Che Ta mengenakan ‘legging’ dan lebih cakna dalam berpakaian selepas ini berikutan imejnya sebagai seorang wanita muslim.
“Harapnya ada legging dalam tu..” tulis netizen di ruangan komen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.