Seorang lelaki warganegara Indonesia menerima kecaman hebat selepas dilihat mempersendakan bahasa Melayu ketika melancong baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, ia memaparkan lelaki bernama Yusuf ini sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dia kemudian mempersenda beberapa perkataan yang tertera di papan tanda sekitar KLIA.
“Ngakak habis”
Video tersebut memaparkan Yusuf menunjukkan papan tanda menggunakan jari telunjuknya dan antara perkataan yang menurutnya begitu lucu adalah ‘tuntutan bagasi’ dan ‘balai ketibaan’.
Hi gais, sekarang gwe udah arrived di airport Malaysia, Kuala Lumpur. Dan ada beberapa kalimat yang bikin gwe ngakak habis.
Video tersebut menimbulkan rasa kurang senang warganet Malaysia dan mengundang pelbagai kritikan kerana Yusuf dikatakan tidak menghormati bahasa negara orang lain.
Kau nampak tak mamat indon tak sedar diri ni datang sini semata2 nak troll bahasa Malaysia tak semena-mena? Memang membuktikan rakyat2 konoha ni sejenis IQ terendah di dunia, benak dan membabi buta tak tentu pasal. Harap muka handsome, badan sado tapi benak ubi 🙄🤮 pic.twitter.com/dfrBHGU7uA
— CallMeByYourName (@xtxaxfxk) April 30, 2024
“Content murahan, nak attention”
Rata-rata warganet berpendapat Yusuf sengaja membuat konten sebegitu kerana mahukan perhatian dan ‘likes’ daripada pengguna media sosial di Malaysia.
Dalam pada itu, sesetengah individu menggesa orang ramai membuat laporan terhadap hantaran dimuat naik oleh Yusuf dan dia kemudian telah memadam video berkenaan selepas menyedari dirinya mendapat banyak kecaman.