“Harap Mereka Selamat” – Farid Kamil Terima Takdir Hak Penjagaan Anak Diserahkan Sepenuhnya Kepada Diana Danielle

Hiburan

“Harap Mereka Selamat” – Farid Kamil Terima Takdir Hak Penjagaan Anak Diserahkan Sepenuhnya Kepada Diana Danielle

Pelakon Farid Kamil semalam meluahkan rasa reda dan menerima takdir apabila hak penjagaan anaknya, Muhammad dan Nur Aurora diserahkan sepenuhnya kepada bekas isteri, pelakon Diana Danielle seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Berikutan itu, Farid berharap anak-anaknya itu sentiasa selamat dan di bawah perlindungan serta peliharaan Allah S.W.T

Advertisement

Buat masa ini, hanya doa Fi Amanillah (di bawah lindungan Allah) serta saya berharap mereka akan selamat dan bahagia.

Dalam pada itu, pelakon filem Anwar Ibrahim : The Untold Story ini turut memaklumkan bahawa dia sudah dua bulan tidak berjumpa dengan kedua anaknya itu.

Kali terakhir saya bertemu mereka adalah sebelum Hari Raya Haji. Sudah tentu rindu (anak-anak) walaupun jalan kita (bekas isteri) sudah berbeza.

Saya selalu buat panggilan video dan dapat berhubung dengan Muhammad dan Aurora melalui WhatsApp.

Kata Anwar, dia ada menjelaskan situasi sebenar kepada anak sulung, Muhammad mengenai jalan hidup mereka selepas bercerai.

Saya sudah maklumkan pada Muhammad tentang perkara ini. Saya berharap dia faham dengan situasi sekarang. Apa yang lebih penting adalah kesihatan mental dan keselamatan mereka menjadi keutamaan saya.

Terdahulu, Farid dan Diana telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum bercerai pada 10 Ogos lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Farid Kamil
9 months ago

"Yang Ni Takde Pegang-Pegang Tangan" - Farid Kamil Muat Naik Foto Lepas Makan, Komen Netizen Mencuit Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...