March 26th, 2020

Kesan wabak COVID-19 dari sudut ekonomi dirasai di seluruh dunia dan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, tidak dinafikan banyak pendapatan rakyat negara kita akan terjejas.

black hanifah artis bantuan kerajaan

Berbicara mengenai situasi itu, penyanyi Black Hanifah turut menyatakan “periuk nasi” penggiat seni tempatan juga terjejas dan berharap agar pihak kerajaan  tidak meminggirkan artis yang selama ini banyak membantu negara dengan memberi bantuan khusus.

Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.

black hanifah

 

Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.

Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.

black

Kami pasti pihak kerajaan telah cuba yang terbaik untuk membantu rakyat yang pendapatannya terjejas akibat COVID-19. Apa yang penting, buat masa ini kita patuhi sahaja PKP agar dapat memutuskan rangkaian virus tersebut.

60 responses to “Harap Kerajaan Bantu Kami, Artis Yang Selama Ini Banyak Bantu Negara- Black Hanifah”

  1. Lenny says:

    bantu negara mcm mana tu?

  2. Corgi says:

    Rakyat biasa(spt. Tukang sapu, tukang cuci tandas..dan yg selainnya) pun turut membantu negara sblm ini..kami pun turut bayar cukai bagi menjana pendapatan negara

  3. Anonymous says:

    xtau malu.

  4. Anonymous says:

    time duit byk simpan lah wei.geng2 artis kn gaji bsr.byk lagi yg lrbih ssh dari artis

  5. Anonymous says:

    poorahh…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini