March 26th, 2020

Kesan wabak COVID-19 dari sudut ekonomi dirasai di seluruh dunia dan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, tidak dinafikan banyak pendapatan rakyat negara kita akan terjejas.

black hanifah artis bantuan kerajaan

Berbicara mengenai situasi itu, penyanyi Black Hanifah turut menyatakan “periuk nasi” penggiat seni tempatan juga terjejas dan berharap agar pihak kerajaan  tidak meminggirkan artis yang selama ini banyak membantu negara dengan memberi bantuan khusus.

Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.

black hanifah

 

Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.

Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.

black

Kami pasti pihak kerajaan telah cuba yang terbaik untuk membantu rakyat yang pendapatannya terjejas akibat COVID-19. Apa yang penting, buat masa ini kita patuhi sahaja PKP agar dapat memutuskan rangkaian virus tersebut.


60 responses to “Harap Kerajaan Bantu Kami, Artis Yang Selama Ini Banyak Bantu Negara- Black Hanifah”

  1. Anonymous says:

    Dugaan yang besar ini diturunkan oleh Allah s. w. t. Ianya menginhatkan kita untuk bermuhasabah diri. Waktu senang dimanakah kita dan apabila ujian melanda dalam bentuk seperti wabak penyakit baru kita hendak terngadah. Fikir2kanlah.

  2. Anonymous says:

    Xkan xda simpanan kottt

  3. Butterfly says:

    Maafkan Akan kata2 Kami sebagai netizen.. semua Ada pendapat dn buah fikiran masing2… Black maafkan saya Di atas isu ini, Kita sama2 berdoa pd Allah s.w.t agar Di temui vaksin utk memerangi virus covid 19 ini… Doa, usaha dn tawakal… Semua stress dlm keadaan begini.. bagi Kami golongan makan gaji pun untung sabut timbul, X tahu nasib bagaimana… Sebenarnya ramai lagi golongan ibu tunggal, gelandangan, asnaf, warga emas, oku perlu Kita pndg kebajikan mereka.. maaf Akan kata2 sy sblm nie dlm keadaan stress semua brckp mengikut emosi…

  4. Anonymous says:

    Artis ke bkn Artis klu kerajaan bg bantuan sama je la…bantuan keperluan jgk la drg bole bg….yg lain2 sama la prosedur mcm bkn Artis kuarkan kwsp or ikut kemampuan minta bantuan perbelanjaan harian

  5. Anonymous says:

    Ramai lagi golongan asnaf dan miskin yg tidak meminta2 malah tidak di ketahui oleh umum.mereka itu lagi memerlukan berbanding anda seorang artis …

Loading...