Kesan wabak COVID-19 dari sudut ekonomi dirasai di seluruh dunia dan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, tidak dinafikan banyak pendapatan rakyat negara kita akan terjejas.
Berbicara mengenai situasi itu, penyanyi Black Hanifah turut menyatakan “periuk nasi” penggiat seni tempatan juga terjejas dan berharap agar pihak kerajaan tidak meminggirkan artis yang selama ini banyak membantu negara dengan memberi bantuan khusus.
Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.
Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.
AdvertisementPersembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.
Kami pasti pihak kerajaan telah cuba yang terbaik untuk membantu rakyat yang pendapatannya terjejas akibat COVID-19. Apa yang penting, buat masa ini kita patuhi sahaja PKP agar dapat memutuskan rangkaian virus tersebut.

Anonymous
March 26, 2020 at 9:28 pm
Eleh ko punya pakaian 1 hari bleh tampung 2 family
Anonymous
March 26, 2020 at 9:20 pm
emmm mls nk ckp retis malaysia ni tak sedar diri sgt.. si black ni time mentor aku tgk keje jual ikan je kan? so, skrg ko SELEBRITI ko dah reti ke nak buat HONEST JOB balik? tak reti ke nak susah balik? tulaa time ada duit bongkak je…
Yuz
March 26, 2020 at 9:11 pm
Takksn pkp selama sebulan duit simpanan tak.cukup utk swlama tu. Org miskin ni rm 100k pun x pernah merasa
Syukur
March 26, 2020 at 9:02 pm
Bersyukur banyak2..ramai lg yg susah..buatla business online..
Anonymous
March 26, 2020 at 8:54 pm
income sblm ni tak simpan ke.. fokus nak show kemewahan kan..