Kesan wabak COVID-19 dari sudut ekonomi dirasai di seluruh dunia dan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, tidak dinafikan banyak pendapatan rakyat negara kita akan terjejas.
Berbicara mengenai situasi itu, penyanyi Black Hanifah turut menyatakan “periuk nasi” penggiat seni tempatan juga terjejas dan berharap agar pihak kerajaan tidak meminggirkan artis yang selama ini banyak membantu negara dengan memberi bantuan khusus.
Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.
Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.
Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.
Kami pasti pihak kerajaan telah cuba yang terbaik untuk membantu rakyat yang pendapatannya terjejas akibat COVID-19. Apa yang penting, buat masa ini kita patuhi sahaja PKP agar dapat memutuskan rangkaian virus tersebut.

Anonymous
March 26, 2020 at 8:35 pm
Banyak lagi golongan yg lebih memerlukan..artis pendapatan lebih 10x ganda dr org biasa..so abaikan shj bercuti ratusan ribu cancel rilex je..pakai kete baju rumah semua mewah2 blaka…
Anonymous
March 26, 2020 at 8:25 pm
Nak cuba minta pertolongan boleh. Tapi tak perlu guna “dah banyak bantu negara” tu.
Anonymous
March 26, 2020 at 7:26 pm
masa duit bnyk joli sana sini. bli kete mewah2. melancong sana sini. bli moto make up kaw2.
len kli masa duit bnyk tu simpan masa kecemasan cmni.
da biasa idup mewah bile susa sket cmni la.
minah jambu say NO to drug
March 26, 2020 at 7:13 pm
nak suruh kerajaan bantu dari segi ape tu ?
Minah
March 26, 2020 at 7:09 pm
Stuju. .pndapatan dorang bkn kaleng2 tp biasa lah kan bila dh biasa hidup mewah ia akan rs sgt bila susah.. kami ni sudah biasa ..