Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Harap Kerajaan Bantu Kami, Artis Yang Selama Ini Banyak Bantu Negara- Black Hanifah

black hanifah

Kesan wabak COVID-19 dari sudut ekonomi dirasai di seluruh dunia dan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, tidak dinafikan banyak pendapatan rakyat negara kita akan terjejas.

black hanifah artis bantuan kerajaan

Advertisement

Berbicara mengenai situasi itu, penyanyi Black Hanifah turut menyatakan “periuk nasi” penggiat seni tempatan juga terjejas dan berharap agar pihak kerajaan  tidak meminggirkan artis yang selama ini banyak membantu negara dengan memberi bantuan khusus.

Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.

black hanifah

 

Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.

Advertisement

Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.

black

Kami pasti pihak kerajaan telah cuba yang terbaik untuk membantu rakyat yang pendapatannya terjejas akibat COVID-19. Apa yang penting, buat masa ini kita patuhi sahaja PKP agar dapat memutuskan rangkaian virus tersebut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

60 Comments

  1. Anonymous

    March 26, 2020 at 6:59 pm

    Aku bkn nk sokong sape2..tp situasi ni yg btl2 ssh perlu di utamakan..duit simpanan memainkn watak penting dlm situasi ni…

  2. Anonymous

    March 26, 2020 at 6:53 pm

    Hihi.. Lawak komen ampa

  3. Lza

    March 26, 2020 at 6:17 pm

    Maaf sy bimbang posting ni mendapat kecaman lg teruk. Sb biasa pembayaran artis ni boleh tahan, macam kami rakyat biasa yg kerja sendiri, ada kerja ada duit untuk belanja brg itu pun brp sgt la. Yg lg teruk mmg ada pendapatan bwh 1k pun ada. Itu mmg patut sgt dbantu. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

  4. Siti

    March 26, 2020 at 5:34 pm

    Kenapa la jadi artis tak pergi sekolah motivasi dulu..boleh tajamkan otak sikit berfikir macam orang2 rasional dan berkaliber sebagai seorang public figure..tau tak..kami yang dibantu kerajaan ni kerana kami dijangkiti COVID-19,kerana kami bergaji tak sampai 3-4 ribu pun, kerana kami orang awam yang makan gaji, seumpama tak gerak tak makan, seorang artis, jangan kira bulan ni takde income, abis bulan beri come,tak pulak sibuk beritahu berapa pendapatan.cuba kira income tiap2 bulan campur semua bahagi 12 bulan,brapa purata gaji sebulan,,LAYAK ke BOH nak dapat bantuan? Takkanlah sebulan punya income bulan habis income pun habis, TAK MALU Ker memintak mintak, atau sudah terjangkit Covid-19?..Lagi 1 bukan ke segala pembayaran bil dah diumumkan diberi kemudahan tak perlu bayar dulu selama 6 bulan? KO PIKIRLA SENDIRI..

  5. Kenny g

    March 26, 2020 at 5:30 pm

    Bagi nombor acc. Aku bank in rm5. Main jauh2

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top