Kesan wabak COVID-19 dari sudut ekonomi dirasai di seluruh dunia dan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, tidak dinafikan banyak pendapatan rakyat negara kita akan terjejas.
Berbicara mengenai situasi itu, penyanyi Black Hanifah turut menyatakan “periuk nasi” penggiat seni tempatan juga terjejas dan berharap agar pihak kerajaan tidak meminggirkan artis yang selama ini banyak membantu negara dengan memberi bantuan khusus.
Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.
Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.
AdvertisementPersembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.
Kami pasti pihak kerajaan telah cuba yang terbaik untuk membantu rakyat yang pendapatannya terjejas akibat COVID-19. Apa yang penting, buat masa ini kita patuhi sahaja PKP agar dapat memutuskan rangkaian virus tersebut.

Anonymous
March 26, 2020 at 4:47 pm
ko bkn org awam ke??kenapa nk dapat bantuan y berbeza plak??sbb ko artis??cittt podaah.
Hello everything!
March 26, 2020 at 4:28 pm
Setakat bantuan rm250 pun nak rebut dgn rakyat mahrain baik tak payah. Pendapatan artis sblm ni ribu². Dlm simpanan pun masih lagi dpt bertahan berbulan². Org lain dah putus punca pendapatan biar la mereka merasa..
Anonymous
March 26, 2020 at 3:12 pm
Sedeh nya hidup artis yek.. kasiann
Atok
March 26, 2020 at 3:02 pm
Kereta berbijik2 juallah dulu. Org lain siap buat food delivery siap buat service cuci rumah. Ko nak kata tersepit. Apa kejadahnya. Sumbangan brian ko.. Kami x sumabag. Kami sumbang lagi byk kot…
Kakyah
March 26, 2020 at 3:01 pm
Klu setakat nk mkn byr bill, xkan x mampu…klu nk mewah2…mmg la…syukur dgn apa yg ada xsampi sebulan dok rmh…kann