Kesan wabak COVID-19 dari sudut ekonomi dirasai di seluruh dunia dan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, tidak dinafikan banyak pendapatan rakyat negara kita akan terjejas.
Berbicara mengenai situasi itu, penyanyi Black Hanifah turut menyatakan “periuk nasi” penggiat seni tempatan juga terjejas dan berharap agar pihak kerajaan tidak meminggirkan artis yang selama ini banyak membantu negara dengan memberi bantuan khusus.
Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.
Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.
Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.
Kami pasti pihak kerajaan telah cuba yang terbaik untuk membantu rakyat yang pendapatannya terjejas akibat COVID-19. Apa yang penting, buat masa ini kita patuhi sahaja PKP agar dapat memutuskan rangkaian virus tersebut.
Farida Abdullah
March 27, 2020 at 6:00 pm
Blm smpai sebulan PKP ni dh minta bantuan….aku yg ibu tunggal sakit buah pinggan tiap minggu g hspital naik bas…tk pernah minta bantuan kebajikan…masi brsyukur jual2 kuih depan dpt la tampung hidup 3branak….dia artis lagi…
dorothy
March 27, 2020 at 3:17 pm
lain kali kalau dah berjaya jgn berebut beli moto besar..krta besar..designer bag…masa ni lah kna beringat..simpan duit masa byak keja
Anonymous
March 27, 2020 at 2:17 pm
Haram jadah..tulaaa..lain kali makan laa nasi campur kicap jgn smbong sngat nak yg sedap2 je hari2..Kan habis duit..meh sini no akaun…fast huhuhuh
Anonymous
March 27, 2020 at 2:08 pm
mana hasil selama ini.Sekali show paling tidak RM 5 ribu.Boleh lagi beli kondo,kereta mewah.Tak menyimpan ke.
Anonymous
March 27, 2020 at 12:48 pm
sampah..artis luar negara brabis hlurkan bantuan.. artis kita brabis minta bantuan