Kesan wabak COVID-19 dari sudut ekonomi dirasai di seluruh dunia dan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, tidak dinafikan banyak pendapatan rakyat negara kita akan terjejas.
Berbicara mengenai situasi itu, penyanyi Black Hanifah turut menyatakan “periuk nasi” penggiat seni tempatan juga terjejas dan berharap agar pihak kerajaan tidak meminggirkan artis yang selama ini banyak membantu negara dengan memberi bantuan khusus.
Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.
Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.
Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.
Kami pasti pihak kerajaan telah cuba yang terbaik untuk membantu rakyat yang pendapatannya terjejas akibat COVID-19. Apa yang penting, buat masa ini kita patuhi sahaja PKP agar dapat memutuskan rangkaian virus tersebut.

Anonymous
March 27, 2020 at 12:12 pm
Nak cakap apa lagi lah kau rang tak bersyukur langsung ..kau tak pikir orang cam saya ini kais pagi makan pagi .kais petang makan petang ..rumah sewa ..nak kasih anak bini makan ….bekerja tengah di hentikan sebab lockdown…. Nak beli stok bahan makanan pokok ke tak mampu.. makan nasi hanya berlauk telur je 1 orang 1 telur .bersyukur lah wahai saudara .
Anonymous
March 27, 2020 at 11:57 am
Sampah
Ema
March 27, 2020 at 10:49 am
Adoiii jgn la pentingkan diri la retis oiii….bersyukur la byk lg harta kamu yg bley digunakan utk hidup…saya yg hanya pencen xsmpi RM2k pun Masih bersyukur Dan xperlukan bantuan kerajaan ….biarla mereka yg btul2 patut dibantu yg dpt bantuan…xde ke simpanan langsung utk 2 ke 3 Bulan….jgn la pentingkan diri sendiri. Bkn sume artis mcm ni
kan.. tp tlg la berfikir skit. Ni tunjuk harta mcm2 bru sbln PKP dh mintak bantuan kerajaan. Sedihhh
Nielsa
March 27, 2020 at 10:36 am
Bukan kamu aje xde job..sume org pn susah..kmu bangsa2 artis duit kan byk..rumah, kete sume mewah2..mkn sedap2..becuti over sea sume bagai..ank2 pkai brg branded..apa laa ada hal sgt setakat PKP sebulan ni takkan merempat nye korang
randy
March 27, 2020 at 10:25 am
hahahaha….byk lagi rakyat yg memerlukan bantuan dri kmu ni….