Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Harap Kerajaan Bantu Kami, Artis Yang Selama Ini Banyak Bantu Negara- Black Hanifah

black hanifah

Kesan wabak COVID-19 dari sudut ekonomi dirasai di seluruh dunia dan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, tidak dinafikan banyak pendapatan rakyat negara kita akan terjejas.

black hanifah artis bantuan kerajaan

Advertisement

Berbicara mengenai situasi itu, penyanyi Black Hanifah turut menyatakan “periuk nasi” penggiat seni tempatan juga terjejas dan berharap agar pihak kerajaan  tidak meminggirkan artis yang selama ini banyak membantu negara dengan memberi bantuan khusus.

Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.

black hanifah

 

Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.

Advertisement

Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.

black

Kami pasti pihak kerajaan telah cuba yang terbaik untuk membantu rakyat yang pendapatannya terjejas akibat COVID-19. Apa yang penting, buat masa ini kita patuhi sahaja PKP agar dapat memutuskan rangkaian virus tersebut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

60 Comments

  1. Abg Delivery

    March 26, 2020 at 2:26 pm

    Pendapatan saya pun dah berkurang, sekarang saya amik job food panda. Maybe artis2 boleh join sekali delivery makanan berbanding mengharapkan bantuan kerajaan. Banyak lagi golongan especially yang B40 lebih memerlukan bantuan.

  2. aku perati je..

    March 26, 2020 at 2:25 pm

    hee.. mcm kerja lain tak membantu ekonomi negara plak eh.. ?? klako la statement ko black.. kerajaan sndri berusaha untuk membantu golongan yg betul2 memerlukan.. those yg niaga kt pasar malam/pasar tani contohnya.. skrg ne guna lah tulang 4 kerat semntara keadaan ne reda..

  3. aku perati je..

    March 26, 2020 at 2:25 pm

    hee.. mcm kerja lain tak membantu ekonomi negara plak eh.. ?? klako la statement ko black.. kerajaan sndri berusaha untuk membantu golongan yg betul2 memerlukan.. those yg niaga kt pasar malam/pasar tani contohnya.. skrg ne guna lah tulang 4 kerat semntara keadaan ne reda..

  4. Lala cun

    March 26, 2020 at 2:20 pm

    Minta maaf cakap.. sebab tu la penting ada simpanan emergency, untuk situasi macam ni lah.. seriously, banyak sangat lagi golongan yang perlu dibantu selain golongan artis. Artis sepatutnya ada buat simpanan sebab mereka hidup dgn gaya hidup mewah. Org lain ada yg sebelum covid ni lagi makan bercatu. Sebab tu jangan lah mengamalkan gaya hidup biar papa asal bergaya.

  5. Abg malek

    March 26, 2020 at 1:49 pm

    Ok bro black jgn risau..boleh jadi stokist ayam berempah saya hubungi saya di 02136899863.boleh menjana pendapatan yg okey. Saya baru beli kereta perodua baru cash.saya pun perlukan pambantu peribadi jika bro black sudi

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top