Hujung minggu lalu, media melaporkan mengenai anak kepada cef selebriti terkenal Chef Wan, Serina Redzuawan telah hilang hak penjagaan kekal kedua-dua anaknya selepas Mahkamah Tinggi memutuskan keputusan itu.
Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili bekas suami Serina, Gavin, memaklumkan mengenai perkara itu setelah mahkamah menemu bual anak perempuan, Isabella Saiffya O’luanaigh yang berusia 12 tahun di hadapan Hakim Syarie Zalinah Ahmad.
View this post on Instagram
Mahkamah membuat keputusan setelah menemu ramah Isabella tentang pilihannya hendak tinggal dengan siapa selama hampir 30 minit selain mahkamah turut mendengar keterangan Gavin serta hujahan pihak kami.
Selain itu, keputusan itu dibuat setelah Serina dilaporkan tidak pernah mengambil anaknya itu tinggal bersamanya sehingga ke hari ini meskipun diberi hak penjagaan kekal sebelum ini.
Bekas suami Serina, Gavin juga yakin bahawa Serina kini tinggal bersama suami barunya di Perlis. Serina juga tidak hadir semasa prosiding itu berlangsung meskipun saman telah dikemukakan terhadapnya.
Antara alasan lain daripada Gavin ketika proses menuntut hak penjagaan Isabella, adalah alasan bekas isterinya itu telah bernikah lain serta kerap berpindah tempat tinggal selain kegagalan Serina memelihara kebajikan serta keselamatan anak mereka.
Berdasarkan keputusan hari ini, hak penjagaan kedua-dua anak tersebut Tristan dan Isabella telah diberikan kepada Gavin dan Serina dibenarkan untuk melawat dua minggu sekali.
Sekadar info, Serina dan Gavin bernikah pada 1 Januari 2010, namun bercerai pada 1 Ogos 2017.