Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad kini merupakan pemilik kelab bola sepak, Carabat FC yang bakal beraksi dalam Liga Selangor (FAS League).
Menerusi akaun Carabat FC, ia itu ditubuhkan pada tahun ini untuk dijadikan sebagai platform untuk pemain amatur pamer bakat mereka.
Sebagai pemilik Carabat, kelab ini agak baru dalam komuniti bola sepak dengan visi bercita-cita tinggi untuk memberi impak yang ketara kepada persada bola sepak Malaysia.
Penubuhan kelab didorong oleh semangat kesukanan dan keinginan untuk menyediakan platform untuk pemain berbakat untuk mempamerkan kebolehan mereka.
Sharnaaz turut berkata jika tumpuan kepada kedua-dua prestasi kompetitif dan pembangunan pemain diberikan, Carabat FC berazam untuk berada di peringkat lebih tinggi dalam bola sepak Malaysia.
Saya harap kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat dan membuat penampilan sulung kami dalam Liga Super FAS.
View this post on Instagram