Pelakon Noorkhiriah yag kini aktif membuat kerja amal menguruskan jenazah secara percuma meluahkan rasa terharu apabila suami tersayanga, Azfaizul Ahtan turut sama aktif melakukan perkara yang sama.
Pelakon drama Nur ini turut bersyukur kerana Allah S.W.T melimpahkan rezeki dalam pelbagai bentuk buat suaminya yang kini aktif melakukan kerja-kerja pengurusan jenazah secara percuma.
View this post on Instagram
Perkara tersebut dikongsikan Noorkhiriah menerusi Instagramnya sambil memaparkan suaminya itu sedang mengebumikan jenazah di satu kawasan tanah perkuburan.
BACA: “Nomi Tak Tunggu Jibek Lagi Tau..” Noorkhiriah Ucap Selamat Tinggal Buat Benjy
Dalam pada itu, dia juga menganggap apa yang terjadi kini serta penglibatannya dalam aktiviti amal itu sebagai sebuah hikmah yang boleh diambil semenjak kewujudan pandemik COVID-19 ini.
View this post on Instagram
“Hikmah kena kurung untuk diri saya, bersuka ria itu macam dah kurang. Nak kerja tak boleh. Nak ke mana tak boleh. Ibarat menunggu hari untuk mati bila-bila masa. Jika saya ‘jalan’ (meninggal dunia) dulu, harapnya dapatlah suami saya buat begini (uruskan jenazah dan kebumikan)..”
Terdahulu, Noorkhiriah juga mengambil kesempatan untuk menzahirkan perasaan syukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat selama hampir setahun kepada masyarakat menerusi Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang dikelolakannya.
Melalui pertubuhannya itu, Noorkhiriah dan pasukan membantu mereka yang memerlukan khidmat pengurusan jenazah secara percuma tidak kira status dan had umur.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.