Harap Dapat Respon Positif, Shuib Dan Sarah Tampil Berduet Dalam Lagu Baru

Hiburan

Harap Dapat Respon Positif, Shuib Dan Sarah Tampil Berduet Dalam Lagu Baru

Pasangan selebriti terkenal, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah khabarnya telah tampil bergandingan dalam sebuah lagu terbaru berjudul Semakin Benci Semakin Cinta (SBSC).

Setelah sembilan tahun semenjak kemunculan duet pertama mereka pada tahun 2012 yang lalu, kali ini Sarah dan Shuib kembali dengan lagu bernafas baru.

Advertisement

Shuib Sepahtu
3 years ago

Staff Terlibat Langgar Lari, Sarah Dan Shuib 'Buru' Myvi Hijau!

Ujar Sarah, lagu SBSC itu sebenarnya telah dirakamkan sejak setahun yang lalu ketika negara berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang pertama.

Difahamkan lagu ini mendapat sentuhan komposer terkenal Ajai yang ingin melihat mereka berdua tampil menyanyikan lagu tersebut sebagai pasangan duet.

“Idea lagu ini hadir daripada Ajai sendiri apabila dia yang ingin melihat kami berduet. Malah lagu ini memang diciptakan khas buat saya dan Shuib. Ikutkan selepas siap dirakam memang tiada tarikh untuk lagu ini dilancarkan. Jadi, dalam keadaan saya menunggu hari untuk melahirkan anak keempat dan Shuib juga tidak terlalu sibuk dengan urusan perniagaan, ini adalah waktu yang sesuai untuk lagu diperdengarkan kepada peminat.”

Dalam pada itu, Shuib turut menzahirkan harapan agar lagu ini dapat diterima dan mendapat maklum balas positif daripada pendengar.

Lagu Semakin Benci Semakin Cinta itu kini boleh didengari di semua platform digital tersedia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...