“Harap Dapat Kurang Memaki Di Twitter” – Video Azwan Ali Mengaji Al-Fatihah Jadi Tumpuan Netizen, Ramai Puji Suara Sedap

Hiburan

“Harap Dapat Kurang Memaki Di Twitter” – Video Azwan Ali Mengaji Al-Fatihah Jadi Tumpuan Netizen, Ramai Puji Suara Sedap

Personaliti TV dan pengacara tersohor, Azwan Haji Ali semalam mencuri tumpuan warga maya apabila dia dilihat mengalunkan surat Al-Fatihah dengan merdu sekali di TiKTok.

Video bacaan ayat suci Al-Quran itu difahamkan telah dimuatnaik akaun TikTok Utusan TV dan berjaya meraih pujian daripada ramai netizen.

Advertisement

Azwan juga dilihat begitu menghayati di saat dia bertaranum surah Al-Fatihah untuk tatapan netizen di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan komen berbaur pujian meskipun masih banyak yang perlu diperbaiki dari sudut bacaan dan makhraj.

Alhamdulillah, harap dapat mengaji juga di Twitter..sejuk hati follower dia mendengarnya.

Dalam pada itu, ada juga yang sempat menasihatkan agar pengacara sensasi itu untuk mengurangkan caci maki di media sosial tambahan pula apabila kita sudah memasuki bulan suci Ramadan yang mulia ini.

“Semoga dia berubah, mengaji selalu supaya lidah lebih lembut dan berhentilah dari memaki dan mencarut” komen seorang warga maya.

Yusof haslam nasihat
1 year ago

"Balik Jumpa, Peluk Dan Minta Maaf" - Hubungan Dengan Mentua 'Sana' Dah Erat, Yusof Haslam Nasihat Syamsul Pulih Hubungan Dengan Ibu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...