Zaman sekarang ni, ada juga jenis parents yang menganggap guru tahu semua benda dan perlu menjaga anak mereka lebih sekadar mengajar.
Malah, segelintir parents tidak menghormati masa dan mengganggu guru kelas anak mereka sehingga selepas waktu persekolahan.
Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, tangkap layar mesej di Whatsapp yang mengundang kemarahan ramai warganet terhadap seorang ibu.
Menerusi mesej itu, ibu tersebut yang kecewa apabila soalannya tidak dijawab oleh guru telah berlaku biadap sehingga ditegur oleh parents yang lain.
Saya harap cikgu ada tangan nak balas pertanyaan saya ni.”
Gara-gara tidak beradab sebegitu, beberapa ibu yang lain bertindak menegurnya dan memintanya untuk menghormati guru berkenaan.
Ibu terbabit bagaimanapun membalas dan berkata dia memberikan ayat sebegitu kerana guru tersebut jarang membalas di group tersebut.
Mesej itu dihantar pada 9.43 malam dan 10 minit kemudian guru tersebut memberi respon dan memaklumkan ibu berkenaan menghantar mesej ketika waktu dia berehat.
Kenapa ya? Apa masalah puan ni. Ni waktu rehat saya, perlu ke saya layan benda-benda yang remeh macam ni.”
Perkongsian itu meraih perhatian ramai warganet terutamanya golongan ibu bapa di mana ramai menyuarakan pendapat bahawa group di Whatsapp antara guru dan parents sepatutnya tidak perlu diwujudkan.
Ada yang mencadangkan agar group itu diletakkan tetapan supaya hanya guru sahaja yang dibenarkan menghantar mesej untuk memberikan makluman atau apa-apa pengumuman berkaitan sekolah.