Haram Untuk Lelaki Berpakaian Seperti Wanita Walaupun Untuk Parodi

Trending

Haram Untuk Lelaki Berpakaian Seperti Wanita Walaupun Untuk Parodi

Disebabkan trend video parodi dimana lelaki menggayakan pakaian wanita semakin menjadi jadi di lama sosial. Beberapa individu yang arif tentang fahaman agama telah menyuarakan pendapat mereka dalam isu tersebut.

Advertisement

Melalui medium twitter, beliau memberitahu tindakan seperti itu adalah haram walaupun ia sekadar parodi. Lelaki berpakaian atau meniru perilaku wanita adalah dilarang dalam agama Islam.

“Kalian, Nabi laknat (perbuatan itu). Bukan dalam umat Nabi. Tiru gaya perempuan. Pakai macam perempuan dengan sengaja.

“Dalam kitab Fathul Bari: At Tobari, laknat didefinisi sebagai haram dan Syeikh Abu Muhammad beritahu ia dosa besar,” tulisnya.

Peringatan oleh Wan Azrin itu disokong oleh netizen yang menganggap sudah tiba masanya perbuatan itu ditegur.


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.