Haram Tukar Serbuk Milo Dengan Serbuk Coklat Dalam Minuman-Mufti

Trending

Haram Tukar Serbuk Milo Dengan Serbuk Coklat Dalam Minuman-Mufti

Tidak dinafikan air Milo yang dijual di kedai kopi atau restoran sangat digemari rakyat Malaysia. Walaupun sedikit mahal daripada minuman jenis lain, namun ia tetap menjadi pilihan apatah lagi rasanya yang lemak, pekat dan enak.


Namun tahukah anda sesetengah pemilik kedai kopi atau restoran tidak menggunakan sepenuhnya serbuk Milo. Mereka telah mencampurkan serbuk Milo dengan serbuk coklat yang lebih murah untuk meraih keuntungan tanpa pengetahuan pelanggan.

Advertisement

Menjawab persoalan daripada seorang netizen berkenaan hukum peniaga yang mencampurkan serbuk Milo dan serbuk coklat yang lebih murah harganya, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan ia adalah haram dan berdosa.

milo1

Ini kerana terdapat unsur penindasan dan kezaliman terhadap hak yang sepatutnya diterima oleh pembeli sebagai imbalan kepada harga pembelian yang dibayar. Selain itu, syarat sah jual beli juga ialah, kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) mengetahui secara jelas barang yang diniagakan tanpa menyembunyikan apa-apa ‘aib yang ada pada barangan yang diniagakan itu.

Justeru, sekiranya perkara-perkara seperti di atas berlaku, maka penjual dikira telah menipu dan akad pembelian tersebut adalah tidak sah.

Kami cadangkan kepada pengusaha kedai kopi supaya sentiasa bertekad untuk meraih keberkatan dalam mendapat rezeki sebagaimana yang selalu kita doakan ketika membaca doa qunut. Syarat sah jual beli juga menetapkan bahawa penjual dan pembeli mengetahui dengan jelas barang yang diniagakan.

Dalam situasi ini, pembeli tidak mengetahui pertukaran tersebut sehinggalah barang tersebut diterima. Justeru, perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang sama sekali.

milo2

Tambahnya lagi, konsep keuntungan dalam Islam bukanlah diperolehi dengan cara menipu atau muslihat, tetapi dengan cara reda-meredai.

Sumber Berita: Facebook Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...