“Haram Tetap Haram” – PU Syed Tegur Pengarah Shuhaimi Lua Isu Pelakon Lelaki Buka Baju Dalam Drama

Hiburan

“Haram Tetap Haram” – PU Syed Tegur Pengarah Shuhaimi Lua Isu Pelakon Lelaki Buka Baju Dalam Drama

Jika sebelum ini pengarah terkenal Shuhaimi Lua dikritik kerana gemar menampilkan pelakon lelaki tidak berbaju dalam beberapa babak drama arahannya, dia kemudian tampil menjelaskan hal sebenar.

Kata Shuhaimi, dia mengetahui batas-batas Lembaga Penapisan Filem serta babak-babak ‘separuh bogel’ itu sebenarnya telah dipersetujui dengan para pelakon yang terlibat.

Advertisement

Isu itu kemudian mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed yang mengulas perkara itu dari sudut hukum agama Islam.

Kata PU Syed, babak mendedahkan aurat tak kira pelakon wanita atau lelaki tetap hukumnya haram walau apa pun wardrobe cerita itu sekalipun.

Jelasnya lagi, jika pengarah atau pelakon tahu batas agama dan peka, tidak akan muncul babak-babak yang memerlukan mereka untuk mendedahkan aurat.

Teguran itu turut dimuat naik PU Syed menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya untuk tatapan netizen.

Dia dalam pada itu turut menyarankan agar Shuhaimi menghasilkan drama ataupun naskah-naskah layar yang mendidik penonton ke arah agama Islam dan jalan Allah.

“Buat tuan pengarah Shuhaimi, cubalah arahkan cerita yang jalan ceritanya lebih mendidik penonton dekatkan diri kepada Allah” katanya lagi.

shuhaimi lua
3 years ago

"Saya Tahu Batas!" - Sering 'Feature' Artis Tak Berbaju Dalam Drama, Shuhaimi Lua Tak Peduli Komen Netizen

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...