Siapa yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik sensasi, Dato Seri Vida (DSV) yang sering kali terpalit dengan kontroversi kerana caranya mempromosikan produk.
Baru-baru ini, Vida sekali lagi mencuri perhatian netizen kerana menggunakan Lucinta Luna sebagai model untuk mempromosikan hijabnya.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram milik Vida, dapat dilihat usahawan itu kelihatan gembira dan memuji kecantikan Lucinta ketika mengenakan hijab.
Walau bagaimanapun, posting tersebut mendapat tentangan warganet yang mendakwa Vida seakan-akan menyokong golongan LGBT kerana menggalakkan lelaki untuk memakai hijab.
Sokong LGBT pulak dah. Boikot jela orang macam ni. Ditadahnya tudung dekat jantan tu. Nonsense.” – Netizen
Dalam pada itu, ada juga yang mengingatkan Vida supaya menjaga batas dan tidak sewenang-wenangnya menyentuh Lucinta kerana perbezaan jantina.
Haram sentuh lelaki! Jangan membelakangkan agama dalam mencari rezeki. Jangan pula masukkan maksiat dalam perniagaan. Allah murka.” – Netizen
Sekadar info, Dato Seri Vida sebelum ini dikecam oleh warganet kerana bercakap dalam nada yang kuat ketika mendukung bayi.