“Haram Isteri Masih Dalam Tempoh Iddah Berkenalan Atau Bercinta Dengan Lelaki Lain” – UAI

Gaya Hidup

“Haram Isteri Masih Dalam Tempoh Iddah Berkenalan Atau Bercinta Dengan Lelaki Lain” – UAI

Melalui Instagram pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, dia ada berkongsikan tentang hukum seorang isteri yang masih dalam tempoh iddah mengenali ataupun mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Hukum wanita berkenalan dengan lelaki lain dalam iddah

Difahamkan, hukum tersebut adalah haram buat kaum wanita yang masih dalam tempoh iddah untuk melakukan hal sedemikian.

Advertisement

ustaz azhar idrus

Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI telah menerima soalan berkaitan hukum seorang isteri yang masih dalam tempoh iddah berkenalan dengan lelaki lain.

Haram isteri yang masih dalam eddah berkenalan atau bercinta dengan lelaki lain kerana dia masih dalam hukum isteri orang.

Tidak halal untuk masuk minang

Hukumnya adalah haram kerana wanita terbabit masih berstatus isteri seseorang dan boleh kembali rujuk bersama suami sepanjang tempoh iddah itu.

iddah

Bahkan, Imam Ibnu Quddamah dalam Kitab Al-Mughni berkata perempuan yang masih dalam iddah raj’ie tidak halal untuk lelaki lain masuk minang.

BACA: “Isteri Yang Suka Minta Cerai Daripada Suami Dengan Tanpa Kesalahan Atau Kejahatan Maka Haram Masuk Syurga” – Ustaz Azhar Idrus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram