“Haram Hukumnya ‘Prank’ Curang Dengan Pasangan”- Mufti Wilayah Persekutuan

Kehidupan

“Haram Hukumnya ‘Prank’ Curang Dengan Pasangan”- Mufti Wilayah Persekutuan

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang suami membuat kejutan sempena hari lahir isterinya yang menjadi bualan warganet.

prank isteri curang

Advertisement

Menerusi laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, telah dijelaskan bahawa hukum suami bergurau dengan isteri dengan ‘prank’ curang adalah haram di dalam Islam.

Ini kerana ia melanggar batasan syariah itu sendiri yang melarang untuk bergurau secara berlebihan dengan cara menipu dan mereka cerita palsu.

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili mengatakan bahawa hubungan suami isteri berasaskan kasih dan sayang antara satu sama lain. Kedua-duanya harus berusaha untuk mengukuhkan hubungan dan kehidupan dengan melunaskan tanggungjawab masing-masing.

Gurauan melampau seperti menakut-nakutkan orang atau membuka aib adalah dilarang sama sekali, apatah lagu jika perbuatan itu mengguris hati pasangan dan di muat naik ke media sosial.

Kesan kepada ‘prank’ ini akan membuatkan seseorang itu berasa risau dan sedih, lagi-lagi jika pihak yang diperlakukan sedemikian adalah pasangan sendiri.

Dinasihatkan agar ‘trend’ gurauan yang sebegini rupa tidak patut dilakukan apatah lagi menjadi bahan tatapan di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

isteri maut otw balik kena prank suami curang
2 months ago

Isteri Maut Kemalangan Ketika Perjalanan Pulang, Kena ‘Prank’ Suami Curang - “Dia Tergesa-Gesa, Kawan Cakap Ada Perempuan Lain Di Rumah”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...