June 19th, 2020

Jenama yang diusahakan oleh usahawan terkemuka tanah air, Vivy Yusof iaitu dUCk melancarkan kolaborasi eksklusif Marvel dengan memperkenalkan aksesori mewah tali leher pertama keluar jenama dUCk sempena sambutan Hari Bapa nanti.

tali leher duck haram dipakai

Bagaimanapun, selepas 24 jam dilancarkan, pihak dUCk telah mengumumkan penarikan semula jualan tersebut buat semua pelanggan lelaki yang beragama islam.

Hal ini tercetus apabila tali leher berkenaan difahamkan diperbuat daripada 100% kain sutera yang mana hukumnya adalah haram di sisi agama buat mana-mana lelaki yang beragama islam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya, dUCk tampil memohon maaf kerana terlepas pandang dengan situasi tersebut. Malah memaklumkan akan memuangkan semula wang buat mereka yang sudah membeli koleksi tersebut.

dUCk juga akan serta merta menghentikan penjualan tali leher berkenaan dan menyatakan pihaknya akan memberikan tali leher tersebut kepada pekerja barisan hadapan lelaki yang bukan beragama Islam.

Namun demikian, tindakan tersebut mendapat kecaman netizen. Ramai dalam kalangan pengikut di laman sosial seakan mengecam Vivy dan tenaga kerja yang lain. Hal ini kerana, kebanyakan warganet tampil mempertikaikan kebolehan berfikir Vivy berkenaan hukum dari segi agama terhadap produk yang ingin dijualnya.

tali leher duck haram dipakai tali leher duck haram dipakai

Malah wujud juga segelintir pihak tidak bertanggungjawab menghentam Vivy dan beranggapan bahawa beliau langsung tidak tahu belajar daripada kesilapan serta kontroversi yang pernah dilakukannya bersama tenaga kerja sebelum ini.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama kolaborasi mereka bersama Marvel iaitu Marvel X dUCk. Edisi kali ini memperlihatkan tali leher yang dilancarkan mereka dijual dengan harga sekitar RM300.00.


One response to “Haram Dipakai, dUCk Tarik Balik Jualan Tali Leher Marvel”

  1. Mat Katang says:

    bodohnye vivy yusof ni.
    buat produk main taram.
    dia melayu islam yg bodoh tak reti ckp melayu.
    tp ada pulak melayu bodoh sokong

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...