Haram Di Sisi Agama, Fuad Jawab Pasal Isu Pakai Subang – “Kalau Nak Solat, Saya Tanggalkan”

Hiburan

Haram Di Sisi Agama, Fuad Jawab Pasal Isu Pakai Subang – “Kalau Nak Solat, Saya Tanggalkan”

Penyanyi, Fuad Rahman dan isterinya, Tom sebelum ini sering dikritik sejak sebelum bernikah lagi disebabkan macam-macam isu.

Jika Tom sebelum ini meraih perhatian kerana mempunyai tatu, Tom pula dikritik kerana memakai subang pada kedua-dua telinganya.

Advertisement

tom
10 months ago

Terkena Alahan Hamil, Tom Syukur Akhirnya Dapat Berhenti Tabiat Merokok - "Langsung Tak Boleh Bau Asap.." 

Terbaru, Fuad memberi penjelasan selepas dirinya menjadi sasaran kritikan disebabkan melakukan sesuatu yang haram di sisi agama.

Menerusi live di TikTok baru-baru ini, Fuad menjawab persoalan netizen dan memaklumkan bahawa dia akan menanggalkan subang tersebut apabila menunaikan solat.

Kalau solat saya tanggalkan la anting-anting (subang). Kalau buat persembahan pun saya akan buka. Dekat rumah sahaja saya pakai.”

Tambah Fuad, dia juga sudah mengurangkan jumlah subang yang dipakai jika mahu dibandingkan dengan beberapa tahun tahun lalu di mana dia menindik di hidung dan dagu.

Kini, suami kepada Tom itu hanya memakai subang di bahagian telinga dan juga keningnya.

Dalam pada itu, Tom iaitu isteri kepada Fuad menyatakan netizen mungkin merasa terkejut kerana tidak pernah melihat suaminya memakai subang ketika menyertai sebuah pertandingan nyanyian sebelum ini.

fuad subang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...