Haram Buat “Panama Dance” Bila Bercampur Lelaki Dan Perempuan Bukan Mahram

Trending

Haram Buat “Panama Dance” Bila Bercampur Lelaki Dan Perempuan Bukan Mahram

Tarian Panama atau Panama Dance menjadi ‘kegilaan’ masyarakat hari ini haram dilakukan kerana membabitkan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Selain itu tindakan berkongsi persembahan itu menerusi video di media sosial juga haram kerana menunjukkan susuk tubuh wanita yang sepatutnya hanya boleh dilihat oleh mahram mereka.

Advertisement

“Mungkin ada sesetengah itu hendak menggunakannya sebagai rujukan melakukan senam robik di dalam bilik mereka, bagaimanapun masih tidak menghalalkan kita untuk menyebarkan secara terbuka wanita menutup aurat berjoget sebegitu.”

“Mereka yang hendak buat tarian itu janganlah dirakam, dimuat naik dan jangan dikongsi ke media sosial. Jangan biarkan bukan mahram melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa.”

“Jaga maruah dan jaga aib anda sebagai seorang muslimah,” katanya ketika mengulas isu Tarian Panama yang tular di laman sosial ketika ini.

Tarian Panama tersebut bukan sahaja dilakukan individu malah telah ‘berjangkit’ kepada agensi dan jabatan kerajaan serta syarikat swasta yang seolah-olah berlumba-lumba menunjukkan ‘kehebatan’ Tarian Panama masing-masing.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman juga menasihati orang ramai tidak mengajak dan terikut-ikut dengan trend tarian itu.

Katanya, orang ramai jangan bersikap terlalu liberal dalam sesuatu perkara dan hendaklah sentiasa mengikut sunnah Rasulullah SAW.

“Kita lihat mereka yang muat naik video itu, kapsyen mereka pastinya seperti mengajak mereka membuat tarian sama iaitu bercampur lelaki dan perempuan.”

“Kalau kita buat benda haram, jangan mengajak orang lain buat benda yang sama. Biarlah buat trend yang sama-sama dapat pahala, Islam itu mudah tetapi jangan bermudah-mudahkan,” katanya.

Sumber : UTUSAN ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...