Pempengaruh dan ikon permotoran, Haqiem Stopa, kembali mencuri perhatian selepas memuat naik video throwback bersama isterinya, Aireena Sofia, yang sekali lagi mencetuskan tanda tanya tentang keadaan rumah tangga mereka.
Dalam video tersebut, Haqiem dilihat meletakkan kepalanya di bahu Aireena sambil menutup wajahnya dengan tangan, seolah-olah sedang menahan sebak. Aireena pula kelihatan mengusap lembut bahunya, mencerminkan momen emosional antara pasangan itu.
Menurut Haqiem, video tersebut bukan dibuat untuk kandungan media sosial atau meraih perhatian.
Video ini bukan untuk tujuan kandungan atau menarik perhatian orang lain. Saya simpan video ini di sini untuk diri saya sendiri.
Namun, apa yang benar-benar menarik perhatian warganet adalah tanda pagar ‘I Am Sorry To My Wife’ yang ditulis Haqiem. Ayat itu memberi bayangan bahawa Haqiem sedang meluahkan rasa penyesalan terhadap sesuatu yang berlaku dalam hubungan mereka.
Saya minta maaf kepada isteri saya.
Sebelum ini, tular dakwaan mendakwa rumah tangga mereka sedang bermasalah. Lebih hangat lagi, Aireena pernah mendedahkan bahawa Haqiem berlaku curang beberapa kali sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Namun Haqiem, atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai tuduhan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
