Mengalami masalah tekanan perasaan gara-gara kecaman yang dilemparkan kepada dirinya, penyanyi Haqiem Rusli sebelum ini mengumumkan keputusannya untuk berhenti dari bidang nyanyian.
Ketika itu ramai juga rakan artis yang memberikan kata-kata semangat agar Haqiem tidak mudah mengalah kerana baru sahaja ingin menapak dalam industri muzik.
Terbaru, Haqiem menerusi akaun Twitternya memberitahu beliau sudah membuat keputusan untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi selepas mendapat sokongan yang luar biasa daripada pemiantnya. Beliau turut memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini yang mencetuskan pelbagai spekulasi.
Harapnya Haqiem selepas ini akan memperbaiki dirinya dan tidak mudah membuat keputusan berdasarkan emosi lagi. Semoga terus sukses.