Tiada angin tiada ribut, penyanyi dan pencipta lagu, Haqiem Rusli Mei lalu mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini. Makluman yang dibuat di Instagram Live jam dua pagi itu ternyata telah mengejutkan ramai peminat.
Terbaru, pelantun lagu ‘Tergantung Sepi’ ini berkata segala persiapan untuk majlis pernikahan sudah pun siap. Dia dikhabarkan bakal bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya dalam tempoh terdekat.
Ya saya sudah pun menjalani kursus perkahwinan, sudah menjalani ujian HIV dan melengkapkan segala borang yang diperlukan. Hanya tunggu masa hendak ke pejabat agama saja.
Haqiem walau bagaimanapun tidak mendedahkan siapakah gerangan wanita tersebut. Haqiem menegaskan dia hanya akan memperkenalkan pemilik hatinya menjelang hari nikah nanti.
Menurut penyanyi ini lagi, dia memang merancang untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan jika keadaan mengizinkan. Namun dia tidak dapat memastikan sama ada mendapat kebenaran atau pun tidak.
Penyanyi berbakat besar ini turut berkongsi telah mencipta sebuah lagu khas buat bakal isterinya nanti. Secara metaforanya, lagu berjudul ‘Hitam Saksi Putih’ itu ditulis mengenai dirinya yang banyak melakukan kesalahan dan sudah diputihkan oleh bakal isteri.
Mesti tak sabar nak tunggu hari pernikahan Haqiem nanti kan? Apa-apa pun didoakan semoga majlis berjalan dengan lancar dan ikatan yang dibina kekal selamanya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.