December 12th, 2018

Itulah kata orang,  keburukan kita lebih mudah untuk diingati. Itulah juga ayat yang tepat untuk menggambarkan situasi penyanyi Haqiem Rusli, sehingga hari ini beliau masih terkesan dengan kecaman kerana tindakannya memakai cermin mata hitam dan menggunakan airpods ketika menyertai program amal.

Saya tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan kerana saya sudah meminta maaf, tetapi masih juga dikecam. Sukar untuk saya berdepan situasi seperti ini, jadi daripada terus membaca pelbagai komen negatif yang menghentam, lebih baik saya padam sahaja Twitter.

Saya lebih suka menggunakan aplikasi itu untuk berinteraksi dengan peminat di laman sosial. Namun, selepas apa yang terjadi, ada baiknya saya padamkan sahaja medium komunikasi itu. Saya tidak mahu diri terkesan dengan pelbagai kecaman yang ditinggalkan ‘haters’. Tidak tahu lagi bagaimana mahu menangani perkara ini. Ia lebih baik kerana sekurang-kurangnya saya dapat menjauhkan diri daripada perkara yang memberikan tekanan.

Haqiem juga sedar isu tersebut menjadi buah mulut dikalangan rakan artis dan beliau terpaksa menjelaskan situasi sebenar untuk mengelakkan salah faham.

Saya tahu ada rakan artis yang bercakap di belakang, tetapi saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Saya tidak mahu timbul salah faham dan memburukkan lagi keadaan.

Bersabarlah Haqiem, inilah cabaran bergelar selebriti apatah lagi wujud media sosial yang menjadi medium untuk orang ramai memberikan kritikan. Tenangkan fikiran jangan sampai  depresi lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE


30 responses to “Haqiem Rusli Tidak Tahan Terus Dikecam, Tahu Ada Rakan Artis Cakap Belakang”

  1. Aida says:

    KADANG2 MEREKA TU IRI HATI DENGAN BAKAT YANG KITA ADA ..
    YG PENTING SEKARANG NI ..PEMBAWAKAN DIRI KITA SENDIRI
    AKIM PUNYA BAKAT DAN SUARA YANG BAGUS
    BILA LIVE PUN ADA SUARANYA
    JAGALAH IANYA SEBAIK MUNGKIN
    JANGAN MENGECAWAKAN ORANG2 YANG SUPORT AWAK
    IGNORE MEREKA YANG BERPURA2 DI DEPAN AWAK
    MOVE ON
    ALL THE BEST AKIM

Loading...