(TAHNIAH) Haqiem Rusli Rangkul Anugerah Bintang Paling Popular Di ABPBH Ke-33

Hiburan

(TAHNIAH) Haqiem Rusli Rangkul Anugerah Bintang Paling Popular Di ABPBH Ke-33

Setelah sekian lama menanti, akhirnya hari yang paling berprestij dalam dunia hiburan Malaysia sudah pun tiba. Malam tadi telah berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-33 di Axiata Arena Bukit Jalil.

Meskipun banyak kategori yang dipertandingkan tetapi yang paling ditunggu ialah anugerah paling besar pada malam tersebut iaitu Bintang Paling Popular.

Advertisement

Selepas berdebar menunggu, akhirnya acara yang turut bersiaran secara langsung di TV3 itu mengumumkan bahawa penyanyi Haqiem Rusli telah berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular, iaitu merupakan kemenangan julung kali buat dirinya bagi anugerah tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Selain itu, Haqiem Rusli turut berjaya membawa pulang dua anugerah lain iaitu Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia dan Lagu Paling Boom Popular (Kesepian).

Tahniah diucapkan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...