Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Haqiem Rusli Dilabel Berlagak Pakai Cermin Mata Hitam Dan AirPods Ketika Ziarah Rumah Asnaf

Setelah lama tidak timbul dengan sebarang kontroversi, nama penyanyi Haqiem Rusli kembali hangat diperkatakan di Twitter.

Advertisement

Berkesempatan untuk mengikuti program GPH Kongsi Rezeki anjuran Hot FM bersama Lembaga Zakat Selangor, aksi OOTD Haqiem yang memakai kaca mata hitam dan ‘airpods’ ketika menziarahi rumah seorang Asnaf dikenai sebagai Abang Zul dikecam netizen.

Haqiem dilabel berlagak dan seakan tidak menghormati tuan rumah dengan penampilan sebegitu yang kurang sesuai untuk kunjungan ziarah kebajikan. Apa salahnya untuk menanggalkan cermin mata dan gadjet yang dipakai?

Bukan bermaksud menyebelahi mana-mana pihak, tetapi mungkin Haqiem perlu peka dengan keadaan kalau hendak bergaya. Mungkin kaca mata hitam itu seakan identiti beliau, tetapi sesuaikanlah dengan situasi. Bila kena kecam nanti salahkan netizen pula dan terbangkit lagi isu depresi. Eh..

Sumber Berita : Twitter Hot FM

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 Comments

  1. Juli

    December 4, 2018 at 10:01 am

    Konon cerminmata hitam tu jadi trademarks dialh, nk gantinya tmpt arwah s.jibeng..siang mlm pakai tu,solat pun pakai kau..fikir baiklh kan, pun boleh sah solat…

  2. Anonymous

    December 4, 2018 at 9:15 am

    Dia tidak berlagak.. cuma kurang keyakinan diri..
    ada beberapa kategori yg buatkan dia terdorong utk begitu.

  3. Chohkri Yulis.

    December 3, 2018 at 10:50 pm

    AKU BARU TENGOK ULANGAN EPISOD I CAN SEE UR VOICE EP1….BAPAK POYO DIA NI. KONON DIA NI BIG STAR SANGAT BILA ORANG SEBUT NAMA DIA. BANGGA KONON ANGKAT TANGAN ADA PEMINAT BLAKANG DIA. GAYA POYO PAKAI SPEK.

  4. adoiii

    December 3, 2018 at 9:45 pm

    dulu kn time aku kje zmn abis spm dlu. ada la sorg peronda polis bantuan plus ni selalu sgt singgah tmpat aku kje sbb dia tugas kwsan situ. mmg 24jam pakai spek je tak kira siang mlm, event apa tmpat kami bt pun dia akn pkai spek, dh mcm trademark, tgk rupa hensem la jgk sbb pki spek hitam nmpk bergaya, dan dia mmg if course la poyo acah2 semua ppuan kt situ suka dia. aku pkir jgk knp dia ni x bkk2 spek dia, teringin nk tgk rupa dia tanpa spek.. dh lama tu, 1day dia dtg bwk famili dia dan tak pkai spek.. alamak sekali aku tgk seriuss bila tanpa spek muka dia mcm lelaki gtal miang. hhaha.terus aku tkt tgk dia klau x pkai spek. adakah hakiem ni kategori lelaki cmtu? hahaha

  5. Anonymous

    December 3, 2018 at 7:56 pm

    Kene belajar dari legend Zamani baru tau hormat orang dan layan fans macam mana…sayang klu bakat ade, tp cara layan fans kelaut dlam…

    • Anti Zamani

      December 6, 2018 at 8:07 am

      Jgn belajar ngan Zamani…nnti hisap dadah tulang melengkung

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top