Kemurungan atau depresi adalah satu masalah yang amat berat sekali. Ramai yang menganggap ia satu benda mudah dan membiarkan ia menghantui sehingga menjadi beban yang tidak dapat dipikul. Mereka yang mengalami kemurungan ini jarang menyedari kewujudan masalah tersebut. Nasib baiklah penyanyi muda yang semakin meningkat naik iaitu Haqiem Rusli tidak leka dan mengetahui bahawa dirinya mengalami depresi sejak awal tahun lalu. Orang kata, biar lambat asal selamat. Sekurang-kurangnya dah tahu dan kini sudah mula mengambil langkah untuk mengatasinya.
Namun begitu, buat para peminat Haqiem Rusli, pastinya anda berdebar-debar kerana status kerjayanya sebagai seorang penyanyi akan diumumkan pada awal bulan Julai ini. Haqiem Rusli memaklumkan yang ada kemungkinan dia akan berhenti sepenuhnya daripada dunia nyanyian. Pastinya jika keputusan ini diambil, ia adalah satu kerugian besar. Lagu-lagu nyanyian dan ciptaan Haqiem Rusli semuanya hebat-hebat, catchy dan menarik. Malah ada yang menggelar Haqiem Rusly sebagai Justin Bieber Malaysia. Hebat kan?
Tulis Haqiem Rusli di Instagramnya:-
Pengumuman penting kepada semua,dah lama saya tunggu saat ini,dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat.Saya ingin memberi tahu tentang posisi saya dalam industri muzik,BERHENTI atau TIDAK, pada AWAL BULAN JULY saya akan memberi jawapan sepenuhnya. Banyak perkara yg berlaku apabila saya di dalam industri muzik,mereka yg bercakap senang,tapi saya yang rasa sakit dan perit,pada 24 jun saya akan hadirkan diri show di IPOH,mungkin ia akan menjadi show terakhir saya sebagai seorang penyanyi,mungkin.
Tapi apa2 boleh berlaku,Kepada qiemilio jangan marah saya,sila faham keadaan saya dan anda pun tahu saya memiliki depression ni dari awal tahun dahulu dan ia terus berlaku sampai ke hari ini,bukan depress je,macam2 lagi.Keluarga serta FMC sudah memberi saya rehat dan berfikir hingga habis bulan June. tunggu saya Haqiem Rusli pada awal bulan JULY.Keputusan akan diberitahu.
Semoga sepanjang bulan Syawal ini, Haqiem Rusli dapat berehat dan berfikir sebaik-baiknya tentang keputusan yang bakal dilakukan. Berhenti menyanyi bukanlah satu perkara mudah, namun jika dengan itu dapat menghilangkan masalah kemurungan yang dialaminya, ia adalah satu keputusan yang wajar. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat penyanyi ini.