Penyanyi, Haqiem Rusli sering diajukan soalan tentang isterinya Anis Sofea yang kini tidak lagi berhijab dan dia akui kini sedang dalam proses memujuk.
Menerusi temu bual terbaru, penyanyi berusia 25 tahun itu berkata dia menyedari kesilapan dilakukan isterinya yang mendapat kecaman hebat daripada warganet.
Bagaimanapun, Haqiem menganggap dia agak lembut dan tidak cukup tegas dalam menegur isterinya berhubung hal tersebut.
Mungkin cara saya agak lembut. Takkan kita nak pukul isteri, itu dah dayus. Komen yang menasihati, saya dan Sofea terima. Netizen boleh saja nak DM, yang kenalan rapat tu jangan cakap belakang. Straight to the point je, lebih bagus.”
Jelas Haqiem, dia turut mengingatkan Sofea untuk tidak terlalu agresif di media sosial kerana ia sudah tentunya akan mengeruhkan keadaan.
Dalam pada itu, Haqiem juga memohon peminat untuk mendoakan yang terbaik dan enggan mengulas lebih lanjut apabila ditanya soalan membabitkan mereka berdua dan keluarga.
Tak semua perkara saya nak kongsi di media sosial, macam sekarang ini saya dalam proses untuk memujuk isteri saya dan membaik pulih keadaan ini, doakan baik-baik saja untuk kami.”