“Haprak & Meloyakan” – Suami Umie Aida Kritik Filem Anwar The Untold Story, Anggap Memfitnah Tun M

Hiburan

“Haprak & Meloyakan” – Suami Umie Aida Kritik Filem Anwar The Untold Story, Anggap Memfitnah Tun M

Suami kepada pelakon Umie Aida, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila dia tampil mengkritik filem Anwar : The Untold Story yang kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Khairuddin yang juga merupakan ahli politik berkata dia tidak menyukai filem ini yang dianggap sesuatu yang meloyakan dan ‘haprak’.

Advertisement

Tambahnya lagi, filem tersebut juga berunsur propaganda dan mencemarkan reputasi bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya baru menonton filem ‘Anwar The Untold Story’ yang amat memualkan serta meloyakan. Filem ‘haprak’ yang berunsur propaganda untuk memfitnah…

…dan mencemarkan reputasi Tun Mahathir sekaligus mengangkat diri sendiri seperti ‘Godfather’.

Ujarnya, filem tersebut juga diterbitkan tanpa kaji selidik yang tepat selain mempunyai banyak unsur-unsur ‘misleading’.

Selain itu, dia juga mengkritik pembawaan watak yang membawa dialek bahasa Indonesia dan merasakan seperti menonton tunjuk perasaan pekerja asing yang bekerja di Malaysia.

Sekadar info, filem Anwar : The Untold Story menampilkan aktor Farid Kamil sebagai Anwar, Hasnul Rahmat sebagai Tun Mahathir dan Acha Septriasa sebagai Dr. Wan Azizah.

Bella Astillah penyondol
2 years ago

Bella Astillah Teringin Nak Jadi 'Penyondol' - "Nak Tahu Juga Apa Mereka Rasa, Seronok Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...