“Happy Sungguh Muka Tu” – Puteri Sarah Hanya Mahu Jadi Cantik Pada Orang Yang Tepat, Peminat Doakan Bertemu Lelaki Yang Lebih Baik

Trending

“Happy Sungguh Muka Tu” – Puteri Sarah Hanya Mahu Jadi Cantik Pada Orang Yang Tepat, Peminat Doakan Bertemu Lelaki Yang Lebih Baik

Pelakon dan model, Puteri Sarah Liyana ada berkongsikan swafoto dirinya di Instagram dengan kapsyen yang meruntun jiwa.

Hanya mahu kelihatan cantik pada orang yang tepat,hari ini  Puteri Sarah akhirnya bergelar solo setelah bercerai dengan suami, pengarah Syamsul Yusof.

Advertisement

Kamu cantik di mata orang yang tepat. Tetaplah menjadi dirimu sendiri. Bukan menjadi dirimu yang diinginkan orang lain. Kelebihan dan kekuranganmu adalah keistimewaan yang patut dihargai.

Kelihatan tenang dan riang melangkah menuju ke mahkamah syariah hari ini bagi prosiding perceraian tersebut, ruangan komen media sosial aktres itu dipenuhi komen-komen sokongan dan doa daripada peminat.

Peminat juga dilihat teruja dan gementar untuk mendengar sebutan kes itu pada hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)


Malah, ada yang mendoakan agar Puteri Sarah bertemu jodoh yang lebih baik selepas bercerai.

Semoga Sarah bertemu orang yang lebih baik dan lebih menghargai dirimu sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.

Pihak BeautifulNara mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dan berharap agar episod rumah tangga mereka dapat berakhir dengan sebaiknya tanpa menyakiti antara satu sama lain.

puteri sarah
1 year ago

"Harini Saya Pakai Macam Fashion Show" - Bakal Dilafazkan Cerai Hari Ini, Puteri Sarah Kelihatan 'Excited'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...