Pelakon dan model, Puteri Sarah Liyana ada berkongsikan swafoto dirinya di Instagram dengan kapsyen yang meruntun jiwa.
Hanya mahu kelihatan cantik pada orang yang tepat,hari ini Puteri Sarah akhirnya bergelar solo setelah bercerai dengan suami, pengarah Syamsul Yusof.
Kamu cantik di mata orang yang tepat. Tetaplah menjadi dirimu sendiri. Bukan menjadi dirimu yang diinginkan orang lain. Kelebihan dan kekuranganmu adalah keistimewaan yang patut dihargai.
Kelihatan tenang dan riang melangkah menuju ke mahkamah syariah hari ini bagi prosiding perceraian tersebut, ruangan komen media sosial aktres itu dipenuhi komen-komen sokongan dan doa daripada peminat.
Peminat juga dilihat teruja dan gementar untuk mendengar sebutan kes itu pada hari ini.
View this post on Instagram
Malah, ada yang mendoakan agar Puteri Sarah bertemu jodoh yang lebih baik selepas bercerai.
Semoga Sarah bertemu orang yang lebih baik dan lebih menghargai dirimu sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.
Pihak BeautifulNara mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dan berharap agar episod rumah tangga mereka dapat berakhir dengan sebaiknya tanpa menyakiti antara satu sama lain.