“Happy Shuib Lama Tak Mendayung..” – Komen L*cah Warga TikTok Di Video ‘Honeymoon’ Shuib & Watie Jadi Tumpuan

Hiburan

“Happy Shuib Lama Tak Mendayung..” – Komen L*cah Warga TikTok Di Video ‘Honeymoon’ Shuib & Watie Jadi Tumpuan

Berita mengenai pernikahan pelawak Shuib dan pasangannya, Watie Hanifiah menjadi tumpuan peminat dan juga netizen di luar sana sehingga ke hari ini.

Namun, kegembiraan pasangan itu memulakan hidup baru sebagai suami isteri nampaknya dicemari dengan lawak-lawak lucah di setiap video yang memaparkan kemesraan Shuib dan Watie ketika mereka berdua sedang berbulan madu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Seperti satu hantaran di Twitter ini, seorang pengguna telah mendedahkan sikap-sikap sesetengah netizen yang tidak tahu malu meninggalkan komen lucah mengenai momen-momen istimewa Shuib dan Watie.

Tau la orang tu dah lama takdak bini, jangan la komen lucah. Korang jahat la.

Antara komen-komen yang ditinggalkan tidak kiralah lelaki dan wanita juga menunjukkan mereka tidak mempunyai adab dan tidak senonoh.

Komen tiktokSumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa jijik dengan sikap pengguna media sosial.

Bodoh punya lelaki perempuan dalam comment TikTok. Macam tak ada iman dah comment tu. Masing-masing tunjuk kebodohan terasa paling savage padahal diri dah berumah tangga. Tak malu dan tak kesiankan diri sendiri.

Terdahulu, Shuib dan Watie telah selamat bernikah pada 23 Jun 2018 dan kini berada di Langkawi untuk berbulan madu.

Shuib makder
10 months ago

Hadir Majlis Pertunangan Shuib Dan Watie, Makder Jawab Isu Cepat 'Move On' - "Bapa Sarah Yang Mengajar Kami.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...