Pelawak dan penyampai radio, Shuib telah sah bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah dengan sekali lafaz di majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam.
Dalam majlis tersebut Shuib dan Watie dilihat berseri-seri menggayakan persalinan pengantin dari pereka fesyen, Fizi Woo.
Turut meluahkan rasa teruja, anak-anak kepada Shuib iaitu Uwais Alqarni dan Talita Zahra sempat memberikan ucapan pengantin baharu untuk kedua pasangan mempelai.
Selamat pengantin baru untuk mummy and daddy!
Apabila ditanya mengenai perasaan mereka, anak perempuan Shuib yang berusia 9 tahun itu meluahkan rasa gembira dengan pernikahan Shuib dan Watie.
Semoga murah rezeki, panjang umur. Bahagia selalu. Happy sangat!
View this post on Instagram
Sementara itu, anak bongsu kepada pelawak itu iaitu Ayash Affan dijaga oleh ibu Shuib, Salamiah Jalani ketika majlis pernikahan mereka berlangsung.
Info tambah, ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas pemergian Allahyarhamah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.