Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna yang memaparkan seorang wanita dilihat melompat keriangan setelah keluar dari pejabat agama dipercayai gembira apabila urusan cerai bersama bekas suami sudah selesai secara rasmi.
Lain pula dengan perkongsian yang viral baru-baru ini, kali ini giliran golongan lelaki pula yang berkongsi reaksi sama selepas melangkah keluar dari Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan.
Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat melompat gembira sambil memegang sekeping fail dipercayai surat cerai.
Yang duduk dalam kasut saya je tahu betapa susahnya nak sampai ke tahap ni… kuatnya orang yang sabar!!!
Menurutnya lagi, keputusan itu sebenarnya merupakan perkara yang cukup berat untuk diambil setelah 11 tahun berjuang untuk menyelamatkan rumah tangga sehingga diri sudah tidak merasakan apa-apa lagi.
@rsraymaster001 ? Jalan terus #fyp? #fyppppppppppppppppppppppp #official
? original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya memerli tindakan lelaki itu dan mengingatkan soal nafkah anak-anak.
Namun, ada juga segelintir netizen yang seakan-akan memahami situasi yang diceritakan oleh lelaki berkenaan di ruangan komen dan mengatakan mereka turut melalui pengalaman sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.