Usahawan dan kakak kepada pelakon Neelofa, iaitu Noor Nabila, mencuri perhatian netizen selepas berkongsi foto bersama seorang jejaka di media sosial.
Menerusi perkongsian di Insta Stories miliknya, foto tersebut memaparkan Noor Nabila tersenyum sambil memeluk jejaka berkenaan. Bagaimanapun, wajah lelaki itu tidak didedahkan dan ditutup dengan emoji berbentuk hati.

Perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen positif serta mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.
Malah, tidak kurang juga yang berpendapat Noor Nabila dan jejaka tersebut kelihatan sepadan, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan pengikutnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
