“Happy Birthday To You Love” – Ucapan Hael Husaini Sempena Hari Lahir Dayang Nurfaizah Undang Perhatian Netizen

Hiburan

“Happy Birthday To You Love” – Ucapan Hael Husaini Sempena Hari Lahir Dayang Nurfaizah Undang Perhatian Netizen

Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 hari ini, penyanyi Hael Husaini telah mendedikasikan ucapan tersebut buat penyanyi lagu Di Pintu Syurga iaitu Dayang Nurfaizah.

hael husaini dayang nurfaizah birthday

Advertisement

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Hael dilihat bertindak memuat naik sekeping foto Dayang yang sedang tersenyum beserta kapsyen ringkas, namun mengundang perhatian ramai.

https://www.instagram.com/p/CC1GMAQgbBW/

“HBTYLMNOPQRSTUVWXYZ”

Bagaimanapun, menjengah ruangan komen, rata-rata peminat Hael mula membuat andaian ‘HBTYL’ dalam susunan huruf tersebut membawa maksud ‘Happy Birthday To You Love’.

Sebaik sahaja memasuki tarikh 20 Julai, Hael dikhabarkan lantas membuat posting tersebut sekitar tengah malam tadi.

hael husaini dayang nurfaizah birthday

Malah posting tersebut juga dibanjiri kata-kata murni daripada netizen yang tidak putus-putus menitip ucapan selamat hari lahir buat penyanyi tersebut, malah melabel Hael seorang yang romantis dan penyayang.

Biarpun begitu, Hael langsung tidak memberikan sebarang respon terhadap usikan para pengikutnya itu.

hael husaini dayang nurfaizah birthday

Terdahulu, peminat sering mengaitkan Hael dan Dayang mempunyai hubungan istimewa kerana kedua-dua mereka dikatakan serasi apabila berada di pentas nyanyian, malah berharap agar mereka serius dalam perhubungan memandangkan status masing-masing masih solo.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...