Selepas beberapa spekulasi, identiti suami baharu pelakon Sharifah Sakinah semakin jelas susulan perkongsian foto yang tular di media sosial.
Terbaharu, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired telah menyambut ulang tahunnya yang ke-36 pada 28 Mei lalu.
Menerusi pemerhatian, seorang individu bernama Cyril Kongo yang dipercayai suami kepada aktres tersebut memuat naik gambar bersama ucapan ulang tahun khas buat Sakinah.
Cyril turut berkongsi beberapa foto mesra mereka berdua. Cyril juga dikenali sebagai pelukis grafiti terkenal dari Perancis.
Tanpa berselindung, Cyril mengucapkan “Happy Birthday Sayang” menerusi Instagram Story miliknya.
Terdahulu, Sakinah pernah mengesahkan bahawa beliau telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga.
Namun begitu, pelakon drama Dendam Sarakit itu memilih untuk tidak mendedahkan identiti suami yang telah berjaya menawan hatinya.
Walau bagaimanapun, Sharifah Sakinah memohon maaf secara terbuka kerana tidak dapat berkongsi identiti suami barunya kepada umum.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.