“Happy Birthday Mantanku..” – Fasha Sandha Titip Ucapan Istimewa Buat Bekas Suami, Harap Jejai Cepat Jumpa Jodoh

Hiburan

“Happy Birthday Mantanku..” – Fasha Sandha Titip Ucapan Istimewa Buat Bekas Suami, Harap Jejai Cepat Jumpa Jodoh

Pelakon jelita, Fasha Sandha baru-baru ini ada menitipkan ucapan hari lahir buat bekas suami, Rizal Ashram ataupun lebih dikenali sebagai Jejai yang ke-47.

Menerusi satu hantaran Instagram Story, Fasha turut mendoakan agar Jejai bertemu jodoh kerana sudah berumur dengan nada bergurau.

Advertisement
Jejai hari jadiSumber : Instagram  

 

Happy Birthday mantanku. Semoga cepat-cepat dapat mami baru supaya rambut anak-anak saya kemas dan anak-anak mandi awal setiap hari.

Jangan marah ya sebab sekarang dah tua. Nanti bertambah-tambah tuanya. Apapun, tak nampak tua pun. Selalu nampak macam muda remaja. Okay dah puji.

Difahamkan, tarikh hari lahir Jejai jatuh pada hari yang sama dengan suami Fasha, Aidil Aziz.

Berikutan itu, Fasha juga mengucapkan terima kasih buat usahawan itu yang membenarkan anak-anak mereka menyambut hari lahir Aidil terlebih dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Kebetulan pula sama tarikh dengan Aidil. Terima kasih sebab bagi anak-anak sambut dengan Aidil semalam. Hari ini sambut dengan awak pula. Sekali lagi selamat hari lahir Leo. My love hate relationship.

Terdahulu,Fasha dan Jejai telah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada tahun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Fasha kemudian bernikah kali kedua bersama Aidil dan menerima kelahiran cahaya mata iaitu Aisha Amaira.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fizz Fairuz
1 year ago

"Bukan Saya Memondan Hari-Hari" - Fizz Fairuz Sasar Kutipan RM10 Juta Bagi Filem Mat Tudung Begins

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...