“Happy Birthday And Love You Sayang..” Mimi Lana Terima Ucapan Istimewa Daripada Syafiq Kyle Sempena Hari Jadi

Hiburan

“Happy Birthday And Love You Sayang..” Mimi Lana Terima Ucapan Istimewa Daripada Syafiq Kyle Sempena Hari Jadi

Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana baru-baru ini telah menyambut hari kelahirannya yang ke-25 pada 21 November yang lalu.

Menerima banyak ucapan selamat dan doa daripada peminat dan rakan artis, namun yang paling menarik perhatian adalah ucapan serta hadiah yang dikirimkan oleh pelakon Syafiq Kyle kepada pelakon drama Hati Yang Tersakiti itu.

Advertisement

Manakan tidaknya, ucapan ‘sweet’ daripada Syafiq Kyle itu memberi tanda tanya kepada peminat sama ada kasih antara mereka adakah sudah bertaut kembali?

Pemberian berupa jambangan bunga dan hadiah minyak wangi daripada Syafiq itu telah dikongsikan Mimi menerusi Instagram Story miliknya buat tatapan peminat.

Kad ucapan yang bertulis, ‘To Mimi Roziana Happy Birthday and Love You Sayang, From Syafiq Syamim’ itu seolah-olah memberi gambaran bahawa hubungan mereka mungkin sudah bertaut semula.

View this post on Instagram

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

Mengimbas kembali, Mimi pernah memaklumkan pihak media bahawa hubungan percintaannya bersama bintang filem Langsuir itu telah berakhir pada Jun lalu kerana tiada persefahaman. Namun begitu, kedua-dua figura ini masih dilihat menjalinkan hubungan baik sebagai rakan artis.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...